Pages

Monday, December 13, 2010

Pengenalan

Siswazah Sabah Management adalah sebuah jawatankuasa yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga dan organisasi. Bermula dari pinjaman daripada nama sebuah persatuan himpunan siswazah Negeri Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu, Siswazah Sabah Management ini telah memainkan peranan secara konkrit dalam menyampaikan idea segar terhadap pembangunan manusia semenjak tahun  2008, kini telah mengorak selangkah ke hadapan dengan menubuhkan jawatankuasanya sendiri.

Tenaga penggerak jawatankuasa ini terdiri daripada generasi muda yang mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Justeru, fasilitator dan tenaga pengajarnya mempunyai latar-belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang agama, kejuruteraan, perundangan, keusahawanan dan pentadbiran.

Modul-modul program didasarkan kepada roh, falsafah dan methodologi yang sejajar dengan kehendak Islam yang kaya dengan pelbagai hikmah dan barakah. Nilai-nilai ilmu dan amalan ulama tradisional digabungjalinkan dengan sains moden dan pendekatan kontemporari yang dipersembahkan secara kreatif dan berkesan kepada peserta.